Wednesday, December 12, 2012

mungkin dia bukan ADAm untukku



setiap hawa akan ada seorang adam disampingnya
menemani setiap langkah jejak kakinya
menongkah setiap keterjatuhannya
dan sentiasa mengangkatnya ke aras yang tertinggi

tapi bukan senang bagi aku berjumpa adamku
aku keliru dengan jalan yang ditunjukkan
aku hampir rebah mengejar petunjuknya
dalam hati tertanya-tanya..
diakah adam untukku?

terkadang aku alpa dengan pandangan mata
terpana dengan pilihan hati yang belum tentu ketepatannya
memilih adamku yang belum tentu untukku

aku hawa..
hawa yang tak punya agenda dunianya
sentiasa memerlukan adamku untuk apa-apa saja
kerana telah ku tanamkan dijiwa
dia lah adam untukku

tapi bila apa yang aku mahu bukan seperti yang terjadi
aku kecewa..
menangis dalam tawa senda yang menjelikkan
menangisi sebarang apa-apa sahaja perbuatan
kerana aku menunggu adamku
sambil hati berkata
sesungguhnya mungkin dia bukan adam untukku..

p/s: sajak lama ambik kat blog lama aku.. buah fikiran aku, pernah nampak orang copy letak kat blog dy..       
       nevermind.. ilmu perlu diperturunkan.. :)

Friday, June 15, 2012

UJIAN ALLAH pada hambanya.. :)


Oh... second time kena campak sekam. Sakitnya nauzubillah, yang paling tak boleh tahan gatal miang tue, hadoi... tak boleh panas atau berpeluh sikit pun.. huh.. tau la macam mana miangnya.. macam nak je aku terjun dalam kolam ais. Bayangkan la kalau korang kena humban dalam miang buluh atau dalam sekam padi.. haaaa... macam tue la rasanya...

Nie aku tunjuk pic sikit... hehehe...
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgx4SpQe2gpYHk_iXQF8lLEn70eap8YL0PEpzY6u8T5ALLXZJzT78uhPxgEvxAe0Cz8U8pGIKf7l93bUKWrlYcwRJbnhDqNHuiSoW2QjEx8pACffTxzljeixIgU8vNgDn6hcE40ZjVsZ58I/s200/190px-Morbillivirus_measles_infection.jpg
sumber: google images
 
Jangan geli lelebih, hakikat nie..

Lepas je gatal-gatal badan, terus je aku miss call mak ngan abah (miss call je, jimat kredit..hehehe) lepas tue tak pasal-pasal je dua2 terus call.. hahaha.. seronok2.. ada orang call... mak ngan abah aku la Doktor terhebat di dunia nie.. apa2 terus aku rujuk dyorang... i know they love me...

Termasuk hari nie dah 3 hari dah. Merah-merah dah kurang kat bahagian leher, tapi kat bahagian badan bertambah pulak.. orang kata kalau campak nak elok dye akan turun ke bawah... betulkan.. NICE.. dah makin nak elok.. ok2.. campak sekam tak berjangkit macam campak yang besar-besar tue k..

3 hari lepas aku g Pusat Sejahtera.. Cek2 dekat Dr. Khairun then terus dapat 2 jenis ubat untuk campak.. first, macam biasa la, aku dapat CALAMINE@2% SULPHUR LOTION, warna pink uolls.. satu lagi ubat makan, BACAMPICILLIN namanya... yang len ubat demam, batuk, selesema dengan ubat sakit keronkong.. tadi aku ada baca kat google yang selesema ngan batuk tue salah satu simptom campak sekam nie.. OoOooo... baru tau gak kan.. hehehe

Tapi, kawan-kawan aku wat aku terharu la..
Tadi ieja dengan syla bersusah payah carikan air kelapa dengan daun semambu, walaupun daun semambu tue tak dakan... hehehe... isma, dila, salleh n akim pulak selalu tanya-tanya sal keadaan aku.. ieja ngan syla, lagi la hari2.. hehehe... THAT’s  A TRUE FRIENDSHIP.. terima kasih kawan-kawan... I LOVE YOU ALL..

For my CINTA HATI... terima kasih sebab  risaukan saya, macam2 nasihat dapat, kena marah pun ada jugak sebab tak jaga diri baik2.. saya tau awak sayangkan saya.. awak dah datang jumpa saya pun saya dah rasa sihat taw... terima kasih sebab gembirakan saya...  <3 I LOVE YOU <3 

 
Pendek kata: esok balik umah jap.. yehooo.. (sehari je, sebab ada exam.. sob.. sob..)

Thursday, May 31, 2012

MY LOVE.. jangan pernah tanyakan soalan nie lagi sayang..


- sejak bila saya sukakan awak
- kenapa saya suka awak
- apa yang membuatkan saya jatuh cinta pada awak
- bila awak ada dalam hidup saya
- kenapa saya sayangkan awak
- kenapa saya pilih awak 
- kenapa sayang saya hanya untuk awak
- bila kita nak hidup bersama

saya cuma mampu jawab.. ALLAH menentukan segalanya..
dan saya tak kan pernah ada jawapan untuk soalan-soalan tue sayang..
sebab saya sendiri tak pernah tahu sejak bila hati ini menjadi milik awak...
awak lelaki yang paling saya cintai seumur hidup saya..
saya hanya tahu yang SAYA CINTAKAN AWAK...

Monday, April 02, 2012

Tentang Sesuatu

PERASAAN PERLU DISIMPAN DI DALAM
 HATI 
SUPAYA JASAD TURUT MERASAINYA..